Kari Daging Kerisik
Kari Daging Kerisik

Kari Daging Kerisik

Kari Daging Kerisik ni menu ros semalam, ros gandingkan dengan ikan masin je, goreng kasi rangup, baru sedap ngunyah, ikan masin tu pun tak tau ikan ape, ikan dia kecik kecik je, tp ade satu tu ros tau namanye ikan masin bulu ayam, yang dua jenis lagi tu tak tau..tau makan je, Resepi kari daging kerisik ni ros ambil dari rumah Encik Mat Gebu yang kat Sedenak Johor tu, cumanya ros nye kari ni pekat sikit tak berkuah sangat, rasa kari ni memang sedaplah cukup lemak dan kena dengan selera kami. : ), Terima kasih ya cik Mat berkongsi resepi kari yang ringkas ni, Izinkan ros kongsikan di JMC ya.

BAHAN-BAHANNYA 🙂 sumber resepi dari Cik Mat Gebu ,Terima Kasih sekali lagi ya : )

600 g daging batang pinang, dipotong kiub
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS 🙂
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS 🙂
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA 🙂

1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.

2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.

3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..

Nota: Ros semalam buat separuh dari bahan-bahan di atas, asam gelugor dengan gula merah pun lupa letak, ros tambah hirisan terung dan lobak merah dan tambahkan 1 1/2 sudu kecil jintan manis, harum jadinya kari ni. : )

ikan masin
ikan masin
Kari Daging Kerisik
Kari Daging Kerisik