Bun Harum Durian
Bun Harum Durian

Bun Harum Durian

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
350gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
40gram isi durian ( dari 3 ulas durian)
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner atau bread improver
sedikit kelapa kering, hirisan badam dan sos kastard sebagai hiasan.

( ros juga masukkan sedikit sahaja pewarna kuning dalam doh ini, bagi menaikkan lagi seri warnanya)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan topping dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda. ( ros letak dalam acuan silicon dan alaskan dengan papercup)

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan ros toppingkan bun durian ni dengan kelapa kering, hirisan badam dan sos kastard, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Bun ni sengaja ros tak letakkan inti sebabnya ros cicahkan nye dengan kuah durian yang ros buat tempoh hari, kalau nak letakkan inti pun boleh, ikutlah kesesuaian bahan yang ada ya.

Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Bun Harum Durian
Advertisement