Kerabu Mangga
Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Semalam kami dinner special sikit, menu ala restoren, ros buat ikan tai masam manis, kali ni sos ikan tu ros letak nenas, lagi tambah lah sedapnye, pastu ade sup ayam sekali dengan kerabu mangga, mangga ni sebenarnya dah agak lama dalam peti ais tu, jadinya isi mangga muda ni dah jadi lembik sikit, bila dah siap kerabu ni rasa macam sikit sangat pulak, ros tambah pula dengan hirisan bawang besar, jadilah banyak sikit…heheheehe, resepi kerabu mangga ni ros ambil dekat myresipi, sumbangan dari Nadia, terima kasih ya, izinkan ros copy dan share di JMC ye, lagi satu ros tak letak pun sos ikan tu, sebab takde stok…: )
Kerabu Mangga
Sumber resepi: Nadia Myresipi

Bahan-bahan ( 2 orang )

1 biji mangga muda ( ros guna 3 biji mangga muda saiz kecil)
2 sudu sos nam pla (fish sauce) ( ros x letak)
1/4 cawan kacang
2 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
garam dan gula secukup rasa
1 ulas bawang putih

( ros tambahkan dengan sedikit hirisan bawang besar)

Cara-cara

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Jangan sampai lumat. Sedang-sedang je
2. Potong memanjang mangga
3. Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
4. Tambahlah garam dan gula secukupnya.

Nota: kebelakangan ni, ros amik gambar main snap je, jadinya hasil gambar masakan ros ni kurang memuaskan, ros pun tak puas hati sangat, disebabkan nak cepat dan sibuk dengan tugasa lain..nanti kalau ade masa sikit baru lah ros snap elok-elok.

Kerabu Mangga
Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga