Apam Marble
Apam Marble

Apam Marble

Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder ( di ayak bersama tepung gandum)
4 biji telur
1/2 cawan susu segar ataupun santan
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallette
sedikit pewarna hijau
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Pukul telur hingga agak berbuih, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan betul-betul kental dan putih, masukkan esen vanila, dan kacau sebati.

2. Kemudian masukkan ovallette dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar, kacau sebati. Bahagi adunan pada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan beberapa titik pewarna hijau, kacau rata, dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Alaskan loyang berukuran 20cm dengan kertas minhyak, sendukkan adunan warna asal ke dalam loyang, kemudian sendukkan pula adunan warna hijau di atasnya, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis ataupun marble kan sahaja mengikut citarasa dan warna kegemaran masing-masing.

3. Akhir sekali, kukus selama lebih kurang 40 minit atau satu jam, sedap dimakan pada bila-bila masa, lembut dan gebu teksturnya. Selamat Mencuba.

Nota: Nak letakkan dalam acuan kecil-kecil tu pun boleh, tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 – 15 minit. Buat hingga siap.

Apam Marble
Apam Marble
Apam Marble
Apam Marble
Apam Marble
Apam Marble
Apam Marble
Apam Marble
Advertisement