OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, dalam seminggu ni dua tiga kali je ros sempat nak update entry, sibuk sikit dengan tugas harian, tapi alhamdulilah diberi juga sedikit kesempatan nak letak resepi terbaru, ini adalah kerana rasa tanggungjawab pada blog kesayangan ros ini, dua hari lepas ros buat kepak ayam teriyaki ni, ros bakar kepak ayam ni tak goreng pun, supaya lebih sihat dan tidak menggunakan minyak, resepi lebih kurang same macam teriyaki ikan buri sebelum ni cuma ros tukar pada ayam je…resepi boleh refer kat bawah ni ye, selamat memangang.

Teriyaki Chicken Wings
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
6 ketul kepak ayam
1 sudu besar madu
1 sudu besar soyu@kicap cair jepun
1 sudu besar kicap manis
1/4 bawang besar saiz sederhana
2 inci halia
2 ulas bawang putih
sedikit bijan goreng
2 sudu kecil gula

cara-caranya

1.Mula-mula, kepak ayam dicucuk sedikit dengan garpu supaya bahan perapan menyerap hingga ke dalam isi kepak ayam dan ketepikan, kemudian dengan menggunakan sagat, sagat halia, bawang besar, bawang putih dan masukkan kedalam bekas yang berisi kepak ayam tadi. Kalau takde penyagat tu, boleh tumbuk lumat menggunakan lesung batu atau boleh juga kisar menggunakan blender.

2. Kemudian masukkan madu, gula, kicap cair jepun dan kicap manis, gaul semua dan pastikan perapan mesra dan sebati bersama kepak ayam, perap selama lebih kurang 2 jam ke atas, lagi lama lagi sedap.

3. Setelah beberapa jam, panaskan oven, suhu lebih kurang 170 darjah ke 180 darjah, dan bakar kepak ayam teriyaki selama 30 minit, atau sehingga permukaan kepak ayam perang, jika nak grill atau panggang macam bakar sate tu pun boleh.

4. Setelah kedua dua belah kepak ayam perang dan masak, angkat dan tabur kepak ayam dengan bijan goreng dan bolehlah dimakan panas-panas, Jika mahukan sedikit sos teriyaki, ambil lebihan bahan perapan tadi, dan masukkan sedikit air, masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit larutan tepung jagung bagi memekatkan kuah, setelah siap sos terikyaki itu, bolehlah di makan bersama kepak ayam teriyaki tadi. Selamat Mencuba.

– Jika mahu pedas, boleh masukkan serbuk lada atau masukkan sedikit lada sulah atau lada hitam, ikutlah selera masing-masing ya. Nak makan dengan nasi panas pun boleh.

Teriyaki Chicken Wings
Teriyaki Chicken Wings
Teriyaki Chicken Wings
Teriyaki Chicken Wings
Teriyaki Chicken Wings
Teriyaki Chicken Wings

 

Advertisement