Puding Tembikai
Puding Tembikai

Puding Tembikai

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, seperti biasa ros ni selalu je tertinggal keretapi, kawan-kawan blog masakan yang lain kebanyakkanye semua dah buat, masuk list, masuk list, last-last terlupa, minggu lepas baru lah berkesempatan nak buat nye, bahan-bahan pun dah ade, bila dah siap melapis puding ni, rasa gabra jugak, takut tak jadi, bila dah dibiarkan semalaman baru lah berani potong, alhamdulillah menjadi dan lapisanye tak tangal, cuma nye bahagian merah tu, tak banyak sangat, lainkali kena cuba buat lagi ni, resepi ros amik dari rumah Kak Nieza yang nun berada di Finlad tu, dan menurutnya resepi ni di ambil dari KaK Noorma, terima kasih ya pada penyumbang resepi puding tembikai yang sedap lagi menawan hati ni…izinkan ros pula berkongsi di sini ya..

Puding Tembikai
Sumber resepi: Kak Nieza Finlad dan Kak Noorma

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) tp kalo guna agar2 tali pun xde masalah, cuma kena pandai agak air le
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis)
1/2 tin susu pekat ( ros letak suku tin je)
2 sudu besar mentega ( ros guna marjerin planta)
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)
*kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2

( ros tambah 2 sudu besar tepung kastard)

Cara-cara
-rebus agar2 ngan air..
-bila sudah larut masukkan gula..
-apabila mendidih masukkan mentega..
-kemudian masukkan susu..
-ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
-kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata…

-dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang…jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je…biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
-lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak…biar beku sedikit..
-kemudian letak adunan warna merah pulak…
-tabur cincau untuk buat biji tembikai..biar beku betul2…sedap dimakan sejuk2…..

( cara ros, roti, susu pekat, tepung kastard dan 2 cawan air ros blender hancur, dan terus curah dalam periuk yang berisi agar-agar yang telah larut, dan kacau hingga betul-betul pekat)

Nota: Ros simpan puding ni semalam dalam peti ais, baru dipotong, biar betul-betul keras dan memastikan lapisan terlekat dan cantik dipotong. kaler tembikai yang merah pink tu boleh juga diganti dengan warna kuning.

Puding Tembikai
Puding Tembikai
Puding Tembikai
Puding Tembikai
Puding Tembikai
Puding Tembikai
Puding Tembikai
Puding Tembikai