Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros

Mi Udang Cara Ros

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, hari ni ros malas nak masak nasi n lauk pauk, jadinya masak mi udang je, silap-silap ni lah menu lunch ni lah menu dinner, lagipun cik abang ros tu, tak kisah kalau tak makan nasi sehari, boleh lah rehat sikit petang ni takyah masak dinner, heheheehe, resepi ni actually same je ngan mee udang yang dulu tu, cuma nye ros tambahkan kiub pati ayam dalam kuahnya dan permudahkan sikit cara memasaknya, kalau sesape takde idea nak masak ape tu boleh cuba resepi ni ya, Selamat Mencuba.

Mi Udang Cara Ros
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti
300 gram udang saiz sederhana
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe) boleh diganti dengan sedikit udang kering
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan atau chikuwa ( jejari ikan jepun)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 kiub pati ayam ( ros guna jenama maggi)

bahan sampingan
1/2 ikat sawi ( kalau guna kangkung lagi sedap)
2 biji telur rebus
bawang goreng
sedikit tauge

Caranye

1. Mula-mula asingkan isi dan kulit udang, kulitnya dicampur dengan 1 cawan air dan direbus sebentar hingga mendidih, untuk dijadikan stok, tapiskan air stok tadi dan ketepikan, kemudian ambil separuh isi udang dan campurkan dengan sedikit air, kisar halus dan ketepikan, seleps itu blender pula bawang besar, belacan dan bawang putih kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kacau selalu.

2. Setelah bahan tumis garing masukkan, isi udang yang dikisar tadi, air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. Masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, pastikan kuah naik minyak dan gunakan api yang perlahan bagi mereneh kuah, takut nanti santan pecah minyak dan kuah menjadi cair. pastikan di kacau selalu.

3. Rebus sphagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam serta beberapa titik minyak masak dalam air rebusan. angkat dan toskan.

4. Celur sawi dan tauge, kemudian rebus telur serta baki isi udang hingga masak, setelah semua bahan sedia, cara penyediaanya, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian atur udang, sawi, telur rebus, tauge diatas permukaan spaghetti dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, kemudian curahkan kuahnya, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tukar spaghetti tu dengan mi kuning tu pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, dan kalau nak pedas boleh juga ditabur dengan hirisan cili padi.

Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros
Mi Udang Cara Ros