airsoda1

Sirap Bandung Soda

Bahan-bahanya ( sumber resepi asal dari Kak Zura Warisan Iskandar Puteri , tapi ros copy dari blog Mat Gebu, terima kasih banyak-banyak pada Kak Zura dan Cik Mat kerana berkongsi resepi minuman yang menyegarkan ini. Minta izin ros kongsikan di sini ya. : )

1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL) – ros guna susu segar
3/4 jug kuib ais ( ros guna dua kiub je)
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin) – ros guna 1/2 cawan air mitsuya cider

CARA MEMBUATNYA 🙂

1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kuib air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.

2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.

Nota: Ros buat air ni segelas je, hihi, buat rasa, pandai-pandai lah kita adjust kuantiti bahan tu ye, bergantung pada berapa gelas air bandung soda yang ingin kita buat, ros masukkan hanya 2 ketul kiubi air je tu, sbb susu dan air mitsuya cider tu dari dalam peti ais, memang dah sejuk dah..hihi..

airsoda2

Advertisement