OLYMPUS DIGITAL CAMERA

French Toast

Jom Sarapan dengan French Toast, ros suke makan french toast macam tu je, tanpa letak ape2 kaya ke marjerin ke, makan ni saje pun boleh berkeping-keping, cara buat pun mudah dan senang, semua boleh buat, tapi ros tak guna roti perancis, guna roti putih biasa je. : ) cara dan resepi yang selalu ros buat boleh refer kat bawah ni.

Bahan-bahanya

2 keping roti putih ( nak buat tepi roti pun bole)

1/2 cawan susu segar

1 1/2 sudu besar gula

1 biji telur

Caranya

1. Potong roti putih pada 4 bahagian kecil, kemudian pukul sedikit telur bersama susu dan gula.

2. Panaskan fry pan dan lenserkan fry pan dengan sedikit butter atau marjerin, celup roti putih di dalam bancuhan telur tadi dan biarkan ia meresap sebentar, goreng roti seperti biasa, balik-balikkan roti sehingga kedua-dua permukaannya perang, ulang langkah tadi sehingga roti dan bancuhan telur habis. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai di jadikan menu sarapan pagi. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau guna france pan tu lagi sedap ni, tapi kena hiris nipis sikit lah biar bancuhan telur dan susu tu meresap sampai dalam roti, baru sedap bila digoreng nanti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements