Egg Benedict
Sumber resepi dari Zurin myresipi, terima kasih ya zurin share resepi roti bakar bertelur ni, ade gak idea nak buat menu sarapan, tapi egg benedict ni khas buat hubby je, ros tak leh makan sebab telur tu separuh masak kan, jadinya ros buat roti telur ala ala french toast dan sapu kaya je..: )
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji telur
2 keping roti putih – dibuang tepinya
lada hitam – freshly cracked ( ros guna lada sulah je)
Sedikit butter atau majerin
Garam ( ros tak letak)
Cara-cara
1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Nota: Kalau tak nak buang tepi roti tu pun takpe, ikut lah saiz remekin ataupun saiz bekas alumunium yang digunakan ye, kalau dah start buat egg benedict ni, telur satu papan 10 biji tu sure cepat habis nye…hihi : )