Mee Sup Tulang
Bahan-bahanya
300gram daging with bone
1 biji bawang putih
2 inci halia
1/4 biji bawang besar ( saiz sederhana)
1 sudu besar rempah sup ( ros guna jenama faiza)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
beberapa fish cake atau fishball ( ros semalam guna chikuwa)
bahan taburan atas sup
bawang goreng, hirisan lemon, pagedil daging dan hirisan daun ketumbar.
Cara-caranya
1. Blender halia, bawang besar dan bawang putih, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan garing.
2. Selepas itu masukkan daging, kacau sebentar, setelah sebati masukkan air, air ni agak-agak lah, biar tulang tu tenggelam, biarkan mendidih dan masukkan garam, rempah sup dijadikan pes dan masukkan di dalam sup tadi, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah daging empuk baru masukkan batang celeri, dan fish cake. akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. tutup api dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar atau daun sup.
3. Celur mee kuning, dan masukkan di dalam bowl, curah sup tulang tadi dan atur pegedil, hirisan lemon, sambal kicap pedas dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: Mee sup tulang ni kalau letak tauge lagi sedap ni, ros semalam takde stok tauge pulak, guna bahan yang ade je, lagi satu ros klu buat sup memang selalu letak daun ketumbar sebabnye lagi wangi dan sedap bila dimakan. : )