OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Cakoi

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan ) – sumber resepi dari Ina_lyna myresipi, pada Lina terima kasih ya kongsi resei cakoi mudah ni, senang nak buat rasa pun sedap : )

( ros buat separuh adunan resepi di bawah)

400gm tpg gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur ( ros campur sekali putih telur tu)
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1/2 sudu teh soda bikerbonat
minyak utk goreng

Cara-cara
1. campur semua sekali kecuali tepung. kacau sebati.

2. pastu masukkan tepung sket2 dan uli lagi. kalu agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi hehe…biasa la edit2 nih…

3. kalu ikut cara betul kena uli sampai tak melekat.tapi akak dah tak larat..tinggalkan je…agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan.

4. canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya.

5. bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu hehe.

6. harap sume dapat paham caranya… mudah je walaupun nampak cam berjela-jela..

Nota: Ros makan cicah sos cili aminah hassan n sos cili manis thai je, malas nak buat kuah cili dia tu, tapi memang kuih cakoi ni lembut lah, ade jugak ros tak kembarkan doh tu, goreng memanjang je, dah jadi macam roti keramat pulak, lainkali boleh buat lagi resepi ni, nak ikut resepi lain kena pakai tawas, nasib baik resepi takde guna bahan tu, anak-anak makan cakoi ni dengan gula, dah madam stick donut dah jadinya, hahahahaha. : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements