dagingmasakmeah3

Daging Masak Merah

Bahan-bahanya

400 gram daging boneless
8-10 tangkai lada kering
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar  ( bahagi dua bahagian) satu bahagian di kisar , baki dihiris kasar.
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 inci  halia
1 sudu kecil gula

( beberapa titik pewarna merah)- guna sirap ros je., tak nak letak pun takpe.

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.kemudian rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. ( jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak  nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.

3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan 1/4 biji bawang besar saiz sederhana, kemudian tumis kulit kayu manis dan bahan kisar tadi hingga garing,  masukkan sos cili, garam dan gula, masukkan sedikit air jika ingin berkuah, Selepas itu masukkan daging yang siap direbus tadi, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan apabila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Nota: Kalau nak tambah hirisan tomato atau lada benggala merah ke hijau pun boleh, sedap juga dimakan bersama nasi goreng. : )

dagingmasakmerah1

dagingmerah4

Advertisements