ayampandan2a

Sumber resepi dari blog Che `Iza, terima kasih ya kak, berkongsi resepi ayam pandan yang sedap ni, mesti ade siaran ulangan nye nanti ni. : )

Bahan-bahannya- Copy n paste dari Blog Che` Iza, terima kasih sekali lagi ya kak, izinkan ros kongsikan di sini ya.

1/2 ekor ayam (1kg) – ( ros guna  bahagian peha boneless)
3 biji bawang merah –  (ros ganti dgn bwg besar)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit ( ros ganti dgn serbuk kunyit)
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
15 biji cili padi ( pedas ikut suka ) den ganti ngan 2sb lada boh ( ros ganti dgn cili kisar)
2 sb santan pekat (optional) -( ros tak letak santan)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa ( ros tak letak ajinomoto)
daun pandan

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.

2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.

3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.

4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.

5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.

6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.

7.Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

( ros perap dua jam ayam pandan ni sebelum di bungkus dan digoreng, tapi kalau nak terus goreng pun takpe, cumanya kalau perap tu lagi mersa lah ramuanye)

Nota: Kalau tak nak garing sangat pun boleh, kira nya kita agak-agaklah masa menggoreng tu, ros suke garing-garing sikit, tu yang nampak perang sikit tu. Makan dengan nasi panas memang sesuailah, lagi-lagi kalau nasi guna beras wangi jasmine, makan sure bertambah punye.

ayampandanb

Advertisements