OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apam Gula Hangus@Karamel

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni pun menu apam juga, dah kena virus apam, hari-hari pulak nak makan apam, hahahahahaha, pagi buat apam tepung beras, petang pula buat apam gula hangus, suka bau apam gula hangus ni, bau keramel wangi je, anak-anak tak suka sangat, yang makan beria ros dengan mak je, resepi ade kat bawah ni ye : )

Apam Gula Hangus@Karamel
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula+secubit garam ( garam ni klu taknak letak pun takpe)
4 biji telur
2 sudu kecil baking soda@soda bikarbonat ( di ayak bersama tepung gandum)
1/2 cawan minyak masak@diganti dengan marjerin atau butter yang telah dicairkan
2 sudu besar susu cair
Bahan untuk gula hangus
3/4 cawan gula
1 cawan air

Cara-caranya
1. Gula Hangus- masukkan gula dalam periuk dan biarkan gula hinga menjadi keramel@agak hangus, kemudian masukkan 1 cawan air, kacau sehingga gula hangus cair, angkat dan sejukkan sebentar.

2. Dengan menggunakan mixer,   pukul, telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul sehingga kembang, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, di selang seli dengan minyak masak, susu cair, secubit garam dan akhir sekali  masukkan gula hangus, kacau sebati.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil, sudukan hingga 3/4 acuan , ros gunakan acuan kuih puteri ayu, dan kukus selama 8 hingga 10minit dengan api kuat. Ulang langkah tadi sehingga adunan selesai.

4.  Setelah dikukus keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

– Pastikan acuan di sapu dengan sedikit minyak, supaya apam mudah dikeluarkan nanti.

Nota: Kalau nak kukus sekaligus dalam acuan petak dan bulat pun boleh jugak, lagi jimat masa, cepat pun cepat. : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements