kormaayam2

Kurma Ayam Jintan Manis Berkobis

Bahan-bahanya

1/2 ekor ayam ( lebih kurang 500gram)- potong dalam 8 bahagian kecil.

1/4 biji bawang besar ( boleh tukar guna 4 biji bawang merah)

2 biji bawang putih

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga ( tak letak pun takpe)

2 inci halia

2 sudu kecil jintan manis

2 sudu besar rempah kurma ( ros guna jenama adabi)

1 cawan santan

1 cawan air

2 biji kentang

sedikit daun kobis ( dipotong kasar)

Cara-caranya

1. Blender halus, bawang besar, bawang putih, halia dan jintan manis.  kemudian panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, bila dah naik bau, baru masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan rempah kurma, tumis hingga agak garing.

2. Kemudian masukkan ayam, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan 1 cawan santan dan 1 cawan air, biarkan menggelegak dan ayam empuk baru masukkan kentang. Sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah kuah agak pekat dan kentang empuk baru masukkan hirisan kobis tadi, biarkan kobis agak layu, baru tutup api. sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak masukkan hirisan bawang besar pun boleh, tadi ros tak masukkan sebab lupa, hihi, ros suke masukkan jintan manis dlm kari, kurma sebab kuah nanti jadi harum dan lebih sedap, selain tu, jintan manis ni juga mempunyai pelbagai khasiat, antaranya ialah, dapat melegakan sakit dalam badan dan membuang gas di dalam usus, kalau nak tau lebih lanjut mengenai khasiat jintan manis ni boleh click SINI ya. : )

kormaayam3

kormaayam4

Advertisement