OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Selar Bakar Berlada

Ni cara ros bakar ikan, nanti wangi je ikan tu nanti, lepas tu cicah pulak dengan air asam tomato, fuhh terangkat habislah, nak buat pun main lumur-lumur je…hihihi : )

Bahan-bahanya

2 ekor ikan selar saiz sederhana

1/4 biji bawang besar ( boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)

1 ulas bawang putih

1 inci halia

2 tangkai lada kering (boleh ganti denga 1 sudu besar cili boh)

1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit

sedikit garam

( kalau nak tambah 1 batang serai pun boleh)

Caran-caranya

1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih,halia, kunyit hidup dan lada kering, kalau nak blender pun boleh.

2. Ikan di gaul dengan sedikit garam, kemudian lumur pada ikan selar tadi dengan bahan yang telah ditumbuk halus, biarkan dalam 30 minit atau sejam, grill atau bakar sehingga permukaan ikan selar perang, sedap dimakan dengan sambal belacan atau air asam , selamat mencuba. : )

Nota: Kalau nak balut dengan daun kunyit lepas tu di bakar pun boleh,lagi wangi ikan bakar ni nanti, ros tak boleh buat macam tu, sebab stok daun kunyit cukup2 je untuk buat rendang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements