Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, menu masak lemak cili padi ni memang sinonim dengan rakyat negeri sembilan, …oklah resepi ade kat bawah ni ye, ros gandingkan menu ni dengan kacang bendi rebus cicah pulak dengan sambal belacan, ditambah lagi dengan tempe goreng, maveles…Alhamdulillah dengan rezeki yang dinikmati.
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
400gram daging batang pinang yang siap disalai dan dihiris nipis
2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe)
2 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.
Nota: Kalau susah nak cari daging salai di pasaran, boleh juga buat sendiri, daging direbus dahulu, sehingga empuk, kemudian salai di atas dapur gas sehingga permukaannya sedikit hitam, kemudian hiris halus. Nak tukar daging salai ni pada ikan keli salai pun boleh, cara masaknye sama je.