OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pajeri Terung

Assalammualaikum WBT semua, hari ni ros nak berkongsi resepi pajeri terung, menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga, sesekali bila makan pasti membangkitkan selera, nak pula dengan lauk pauk yang seangkatan dengannye, pajeri terung ni  sama je cara memasaknya dengan pajeri nenas tu, cuma terung tu kita tak boleh masak terlalu lama, nanti benyek tak sedap, resepi biasa-biasa ni boleh rujuk kat bawah ni, Selamat Mencuba
Pajeri Terung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 biji terung panjang, dibelah dua dan potong sederhana
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
2 sudu bahan kisar ( 4 bawang kecil + 2 bawang putih+ 4 tangkai cili kering)
2 sudu kecil udang kering ( ditumbuk halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan santan, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, kacau selalu dan biarkan sebentar hingga agak mendidih,  akhir sekali masukkan terung, masak hingga terung layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement