cucurbadak2

Cucur Badak Labu

Resepi asal dari Kak As New Zealand ros copy dari rumah Kak As kat Hamilton sana, terima kasih kak As sebab berkongsi resepi cucur badak yang lain dari yang lain ni, rasa sedap sangat, ros suka-suke je campur keledek sikit, hihi, ni kes nak perabis keledek yang dah nak kering dah dalam esbok tu. Serunding kelapa tu pulak ros guna yang kak hana Kanazawa bagi, senang takyah susah-susah nak buat jugak, terima kasih ye kak hana sebab poskan untuk ros, dapat jugak ros merasa serunding kelapa mak akak buat. : )

Bahan-bahan ( 25 biji ) ( cucur badak labu)
1 kg labu ( ros guna 1/2 biji labu, 3 biji keledek saiz kecil)
2 cawan tepung gandum (1 cawan tepung gandum)
Sedikit garam
Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
2. Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
3. Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
4. Biarkan hingga labu betul2 sejuk
5. Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
6. Buat bentuk bulat dan masukkan inti serunding kelapa  dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
7. angkat dah toskan minyak nye:: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat.
8. Siap utk dihidang.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::

Nota: Doh yang same juga boleh dibuat kuih keria, Kalau nak guna labu sepenuhnya pun boleh, lagi sedap rasanya, cucur badak ni memang ros suke, sesekali makan kuih yang savori pun sedap jugak dari yang manis-manis tu, buat menu sarapan dan minum petang pun sesuai.

cucurbadak3

cucurbadak1a