OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apam Pisang Kukus

Hari ni ade masa sikit nak buat kuih apam pisang, lagi pun resepi ni tak perlu perap-perap, bila dah siap adun, boleh terus kukus, hasilnya cukuplah gebu dan sedap, bila makan dengan kelapa lagi lah tambah up rasanya, resepi ni ros amik dari blog tiffinbiru Cik Mat Gebu, dan CMG pula ambil dari Fotopages Maklang, resepi asal pula dari Diana…terima kasih pada penyumbang-penyumbang resepi ini, ros bagi 5 star….rugi sape tak cuba…: )

Bahan-Bahannya ( resepi asal dari Diana)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) – ros cuma letak 80ml minyak masak.
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya 🙂

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 – 15 minit. Buat hingga siap.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements