OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Kerapu Masam Manis
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili manis thai ( kalau takde boleh ganti dengan sos cili maggi )
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
1/4 batang timun
1/4 batang carrot
1/2 biji tomato
2  sudu kecil jus lemon
sedikit hirisan bawang besar
sedikit hirisan nenas

Cara-caranya

1. Tumbuk halus atau kisar bawang merah dan bawang putih, kemudian potong dadu kecil timun, carrot, tomato dan bawang besar. hiri halus nenas dan ketepikan.

2. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit, dan salut kan ikan dengan tepung jagung atau tepung katakuriko ( tepung kanji kentang), goreng hingga masak dan permukaan ikan agak garing, ketepikan.

3. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah ditumbuk tadi, biarkan naik bau dan agak garing baru masukkan jus lemon,  sos cili manis thai dan sos tomato.

4.Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali masukkan sayuran, timun, carrot, tomato, hirisan nenas dan bawang besar, masak sehingga sayuran tadi  agak layu, angkat dan curahkan di atas ikan yang siap digoreng tadi, sedia dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: sangat sesuai dijadikan menu masakan pengantin ataupun menu makan malam yang istimewa untuk sesisi keluarga.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA