hawaiianpizza2

Hawaiian Pizza

Bahan-bahanya

Untuk Doh Pizza ( pizza bentuk bunga dan di dalam crust ade sosej)

250gram tepung roti

140ml air suam

1 1/2 sudu kecil yis ( ros guna dry yeast)

1 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar olive oil

sedikit oregano

Untuk inti di dalam crust

4 sosej yang di rebus dahulu dan yang telah dipotong pendek.

Untuk Topping

1/4 biji nenas saiz kecil dipotong nipis

100gram isi ayam bahagian dada, ( di saute perang dahulu)

hirisan bawang

hirisan tomato

sedikit mix cheese atau keju mozarela

( jika mahu letak tomato kechup atau pizza souce pun boleh juga)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan doh dan uli hingga lembut dan elastik, kalau ade Bread Maker, tekan menu Dough dan ON, tunggu sampai siap. Kalau guna BM boleh skip langkah di bawah, dan bila Dough dah siap tu boleh terus bentukkan sahaja.

2. Jika menggunakan manual, iaitu uli tangan, bila doh telah lembut, perap doh sehingga dua kali ganda, dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh bagi tujuan keluarkan angin, uli lagi selama lima minit, kemudian canaikan doh, dan ambil 1/2 bahagian doh dan ketepikan, separuh lagi boleh bentukkan untuk dasar pizza.

3. Separuh lagi, bahagi doh pada bahagian-bahagina kecil lebih kurang 18-20 saiz kecil, kemudian masukkan sosej yang telah dipotong pendek tadi, pastikan doh menutupi sosej. Ulang langkah tadi hingga sosej habis, kemudian atur di atas doh dasar pizza tadi, pastikan separuh crust tadi mengenai permukaan pizza dan separuh lagi biarkan terkeluar, jangan risau , apabila sudah kembang nanti semuanya akan bercantum, dan jangan di susun rapat sangat pastikan ada ruang sedikit untuk doh crust mengembang.

4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali toppingkan pizza dengan ayam, nenas, bawang dan tomato serta taburkan keju di atasnya, bakar pada suhu 180darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan pizza perang. Selamat Mencuba.

Nota: Jika tidak mahu dibentuk seperti pizza bunga di atas boleh juga dibuat seperti biasa dan toppingkan mengikut bahan-bahan yang digemari. : )

dohpizza

hawiianpizzaset

italy4a