OLYMPUS DIGITAL CAMERA

French Crepes

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera pada semua, hari ni ros nak kongsikan resepi french crepes, ros dapat resepi ni dari rancangan masakan NHK pukul 11pagi kat TV jepun, dah lama dah ros buat crepes ni, tak ingat bila, yang bagusnya tukang masak tu,  terangkan betul-betul cara buat crepes yang betul, hasilnya memang sedap dan lembut, anak-anak pun suke, ros buat dua versi, satu guna jus oren satu lagi guna apple dan serbuk cinnamon, kat bawah ni ros letak resepi nye ya, dah translate kan siap-siap khas buat semua. : )

French Crepes – rancangan masakan NHK
sumber terjemahan- rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannye ( adunan Crepe)

250 ml susu segar ( pastikan susu ini suam)

75 gram tepung gandum

2 biji telur

2 sudu besar butter yang telah dicairkan

Caranya.

1. Panaskan susu, boleh guna  microwave 500watt selama satu minit, ataupun jika tiada microwave panaskan guna periuk biasa je, kira susu tu suam-suam lah, ni adalah rahsia untuk crepe lembut dan senang di kacau nanti.

2. Didalam bekas adunan, pukul telur dengan whisker sehingga sebati dan berbuih, kemudian masukkan susu suam tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, kacau sebati dan tapis. Perap adunan selama 30 minit, setelah diperap, baru lah dimasak didalam fry pan.

3. Glis fry pan dengan sedikit butter dan letakkan separuh senduk adunan dan layangkan dalam fry pan. Bila tepi crepe agak perang terbalikkan dan biar dua-dua bahagian perang, angkat dan teruskan langkah tadi, sehingga adunan habis.

Orange Juice- Variasi bagi Sos Crepe

150 ml (orange juice 100%)

1 sudu besar gula

sedikit whiping cream sebagai hiasan

Caranya- masukkan gula di dalam fry pan dan biarkan gula mencair, tapi jangan sampai perang, kemudian masukkan orange juice. lipat crepe pada 4 bahagian dan akhir sekali masukkan crepe didalam sos orange juice tadi, biakan seketika, dan hidangkan panas-panas, piping sedikit dgn whiping cream sebagai hiasan. Hidangan dessert yang panas.

Variasi 2- Sos Apple Cinnamon

1/4 biji epal dipotong nipis.

1 sudu besar gula

1 sudu kecil serbuk cinnamon.

Caranya- masukkan gula di dalam fry pan dan biarkan cair, kemudian masukkan hirisan apple tadi dan biarkan apple layu, akhir sekali campukan serbuk cinnamon dan biarkan sebati. Crepe di lipat dua. Curahkan sos apple dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Kalau nak lipat crepes macam bentuk popia tu boleh, letakkan inti whipping crem dan sos coklat dan lipat kemas, anak-anak pasti menggemarinya, lagi satu kalau nak makan dengan aiskrim pun sodap. Ikutlah selera masing-masing ya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Advertisements