Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua, ni projek ros meroti dua hari yang lepas, tiba-tiba pulak teringin nak makan butter rolls yang baru di masak, sebenarnya dah lama dah tak menggulung butter rolls ni, selalunya asyik tak jadi je, tapi alhamdulillah malam hari tu kiranya ade lah rupanya sikit, ros masukkan juga sedikit madu dan esen vanila dalam adunan ni, ros tak gulung banyak, buat lapan je, baki doh tu ros bulat2 dan topping kan dengan cheese, ni kes malas lah ni…ape pun, kejadianye agak sedikit perang, namun dalamnye cukup lembut…dan gebus..resepi ade di bawah ni ye, Selamat mencuba.
Butter Rolls
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannye
350gram tepung roti@tepung high protien
50gram tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar water roux
1 biji telur ( pukul gunakan garpu dan tinggalkan sedikit utk gliss pada butter rolls nanti)
1 sudu besar madu
3 sudu besar gula
2 sudu besar butter
2 sudu kecil yis
2 sudu besar susu tepung
180 ml susu suam atau air suam
untuk gliss, baki telur dicampur dengan susu dan sedikit madu. klu guna egg wash, campurkan telur dengan sedikit air dan esen vanila.
Caranya-caranya
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16 ke 18 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit.
4. Sedia untuk menggulung, lihat gambar no.1 , kemudian gambar no.2, ambil satu doh dan lipat dua, kemudian runcingkan bahagian hujung seperti gambar no.3, selepas itu, terap memanjang doh tadi, pastikan tinggal sedikit bahagian pangkalnye, cara terap dan gambar doh boleh rujuk gambar no.4 dan no.5, akhir sekali gulung perlahan dari arah atas sampai hujung dan anda akan dapat rolls yang cantik gulungannye seperti gambar no.6 dan no.7. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan butter rolls naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam ke 40 minit.
5. Setelah butter rolls naik dua kali ganda, gliss, pemukaannya dengan bancuhan telur dan susu serta madu tadi, dan bakar pada suhu 180darjah selama 18 ke 20 minit ataupun sehigga permukaan butter rolls perang, setelah masak, angkat dan susun butter rolls di atas redai untuk disejukkan, simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannye, Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak letak ape2 dalam butter rolls ni pun boleh, macam kismis hitam ke, sosej ke, klu letak sosej, letak di bahagian tengahnye dan gulung seperti rajah di atas, Selamat Mencuba.