OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bun Kacang Merah

200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner dan bread improver pun boleh)

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah ( ros guna yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker  dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali  bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.

4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tukar dengan inti lain pun boleh, macam inti kelapa atau krim coklat, ros masak bun ni ter perang sikit hihihi, tapi nasi baik menten lembut : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement