OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Air Asam Tomato

Kalau buat ikan bakar, ros selalu buat air asam style macam ni, resepi ni Kakyan yang ajar ros, sejak hari tu kalau buat ikan goreng ke ikan bakar ke memang wajib buat air asam tomato ni, senang pun senang, menu kedua kalau malas nak buat sambal belacan.

Bahan-bahanya

1 biji tomato ( saiz sederhana)

6 biji cili padi

1/4 biji bawang besar

2 inci belacan

sedikit garam dan gula

1/3 ( suku cawan) air asam jawa

Caranya

1. Hiris Halus bawang besar kemudian tomato dibahagi dua, separuh di hiris nipis dan separuh lagi dipotong kecil, masukkan tomato yang dipotong kecil tadi bersama air asam jawa, cili padi dan belacan, blender halus.

2. Masukkan bawang besar  dan tomato yang telah dihiris nipis tadi ke dalam air asam, letakkan sedikit garam dan gula, kacau sebati,  sedia untuk dihidangkan sebagai pencicah bagi ikan bakar, Selamat Mencuba.

Nota: Ros gandingkan air asam tomato ni dengan ikan selar bakar berlada, memang sesuailah, makan pun bertambah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA