Kung Pao Chicken
Resepi asal dari Cikwan Taipei, terima kasih ya kak, kongsikan resepi kungpao chikcken yang sedap ni, ros suke sangat-sangat, lagi-lagi bila kunyah kacang chesnut tu…memang padanlah dengan ayam ni, rasa pun sedap : ) dan Cikwan dapat resepi ni dari buku A Taste Of China.
Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung ( ros guna katakuriko)
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil) – ros guna peha ayam boneless
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.
Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih ( ros guna sos chili thai)
1 sudubesar gula – ros gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung. ( ros guna katakuriko)
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Ros tambah
1/2 biji capcicum kuning
1 biji piman ( lada hijau)
1/4 biji bawang besar ( dipotong kasar)
* semua sayur sampingan ni ros potong dadu, saiz agak-agak je*
Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.
– sebelum masuk gajus tu ros masukkan semua bahan sayur yang ros tambah tadi dan selepas itu baru ros masukkan gajus.
Nota: Rugi sape tak cuba resepi kungpao chicken ni, memang sedap dan wangi je, sure bertambah punye bila makan dengan nasi panas. : )