OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Creamy Tuna Spaghetti ( Linguine)

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ros kalau beli spaghetti suke beli yang saiz nye besar sikit, pasta Linguine namanya, sebab suke rasa kenyal tu dan menu biasa yang ros buat ialah creamy tuna spaghetti ni, sebab hubby dan anak-anak ros suke makan, senang keje, masak sekali gus je, lagipun memang cepat kenyang bila makan pasta linguine, resepi simple je, janji ade tuna flakes, keju dan susu sure jadi punye, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Creamy Tuna Spaghetti ( Linguine)
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

220 pasta Linguine ( rebus ikut arahan pada paket) ros rebus 11minit
1 tin tuna flakes
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar)
3 sudu besar olive oil
sedikit hirisan daun pasley+2 sudu kecil dry oregano
1/2 cawan susu segar

( kalau nak lagi creamy boleh tukarkan susu segar pada nama cream ( whipping cream) dan gantikan serbuk parmesan cheese pada cream cheese)

Caranya

1. Rebus Spaghetti , tos dan ketepikan, dalam fry pan panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan tuna flakes dan kacau sebati, masukkan juga sedikit oregano.

2. Selepas itu, masukkan susu, serbuk parmesan cheese dan sedikit lada sulah, biarkan mendidih baru masukkan spaghetti, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, sedia untuk dihidangkan, makan panas-panas dan taburkan sedikt dry pasley dan serbuk parmessan cheese atasnya. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tukar tuna flakes tu pada seafood mcm shrimp ke asari ke pun boleh.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement