OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Banana Dango

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, tengah buat ape tu, ke sibuk main masak-masak, ros duduk rumah je hari n, sebab cik abang ku keje, semalam ros outing dengan kakak damia…seronok sangat, menghabiskan masa berdua dengan anak dara ku itu, tapi tak lama lah keluar dalam 3 jam je, sebab nak kejar solat kan, lepas tu teringatkan anak-anak kat rumah, terima kasih tak terhingga pada cik abang ku yang sudi menjaga anak-anak teruna dua orang tu, berbalik pada tajuk kuih di atas tu, sebenarnya banana dango ni kakak damia yang panggill, aka kuih bom pisang lah, hihihi, kasi nama kejepunan sikit, resepi same je dengan kuih bom pisang tu, adunan tu pun ros tak sukat, main lebur je, janji boleh dijemput bulat-bulat kira oklah tu, nak refer resepi kat bawah ni pun boleh…: )

Banana Dango
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

bahan-bahanya

3 biji pisang yang ranum
1 1/2  cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Lenyek pisang bersama garam sehingga hancur, selepas itu masukkan tepung gandum, gula dan soda bikarbonat, kepekatan adunan ni, macam nak buat cucur udang tu, tak boleh terlalu cair, nanti meresap minyak. Jika adunan nampak cair boleh tambah kan tepung, tapi jangan masukkan air ya.

2. Jemputkan adunan bulat-bulat dengan tangan, saiz ikutlah selara masin-masing, ros suke comel-comel, goreng deep frying, dan biarkan kuih masak ke-emasan, balik-balikkan kuih ini, supaya ia masak sekata, gunakan api sederhana.

3. Setelah agak perang, angkat dan boleh dihidang panas-panas, pastikan piring di alas dulu dengan kitchen paper bagi meresap minyak yang berlebihan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

– kalau x nak letak soda bikarbonat tu pun takpe, jadilah seperti cekodok pisang, same je, cuma kalau letak soda bikarbonat tu kuih bom pisang akan bulat dan naik cantik serta gebu teksturnya.

Nota: separuh banana dango ni ros cucukkan dengan lidi sate baru dihidangkan, dan selepas itu,  jangan lupa potong atau patahkan bahagian yang tajam pada lidi sate tu supaya ia tidak merbahaya pada anak-anak anda.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement