OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nikujaga, salah satu masakan jepun yang popular.

Bahan-bahanye

150 gram daging boneless
2 biji kentang saiz sederhana ( potong 6)
1/2 batang carrot ( potong sederhana)
5 batang kacang buncis ( potong pada 3 bahagian jangan pendek sgt)
sedikit suun  ( rendam dalam air)
1/2 biji bawang besar saiz sederhana ( hiris nipis)
400 ml dashi ( air rebusan ikan)- ros guna serbuk dashi segera.
1 sudu besar soyu ( kicap cair jepun)
1 sudu kecil gula

Caranya
1. Hiris daging nipis-nipis ( jangan terlalu kecil) dan rebus hingga empuk, setelah air rebusan agak kering, masukkan dashi dan biarkan mendidih, kemudian masukkan carrot, biarkan selama 5 hingga 8 minit.

2. Kemudian masukkan pula kentang, kacau sebati. Setelah kentang dan carrot empuk baru masukkan kacang buncis, bawang dan  suun, akhir sekali masukkan soyu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula.

3. Biarkan kuah agak kering dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau ade konyaku pun boleh masukkan juga, ros tak letak sebab tak suke, kiranya ni macam sup daging lah, tapi tak berkuah, sup daging citarasa jepun.

soyu2a

OLYMPUS DIGITAL CAMERA