OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sup Bebola Ayam

Stok dada Ayam boneless sentiasa ade dalam peti ais tu, sebabnya senang nak buat bekal untuk abang pagi-pagi, kebetulan ade lebih sikit, jadinya ros dengan rajin nya buat lah bebola ayam, buat tambah-tambah dalam sup nanti, sup bebola ayam ni ros campur juga, kentang, carrot dan batang celery, anak-anak pun suke. Resepi ade kat bawah ni ye. : )

* Bahan untuk bebola ayam*

2 keping Isi Ayam (bahagian dada)

1/2 cwn breadcrumbs (serbuk roti)

sedikit lada sulah

1/2 biji telur

2 sudu besar tepung katakuriko ( tepung kentang) nak ganti dengan tepung jagung pun boleh

garam secukup rasa

* Bahan untuk Kuah Sup*
1/4 biji bawang besar@ 3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar rempah sup ( ros guna rempah sup jenama faiza)
1 sudu kecil serbuk lada hitam@lada sulah
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

caranya

1. Mula-mula potong nipis dada ayam tu dan blender hingga hancur, jangan dicampur dengan air ye.

2.Kemudian, masukkan isi ayam yang siap diblender tadi dalam bekas adunan dan campurkan breadcrumbs, lada sulah, garam, tepung katakuriko dan telur, kacau sebati.

3.Bulatkan kecil-kecil dan ketepikan, saiz bebola ayam ni, ikut lah citarasa masing-masing ya.

4. Buat kuah sup, blender ataupun hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia, kemudian panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan 3 cawan air, carrot, kentang dan batang celery kacau seketika, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan bebola ayam,  masak hingga bebola ayam timbul, maknanya bebola ayam telah masak sepenuhnya, sesuaikan rasa, masukkan garam dan serbuk lada hitam atau lada sulah, tutup api dan taburkan dengan hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan panas-panas. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun  bersama nasi putih. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak rasa pedas dan rasa masam dalam sup ni, boleh juga ditambah dengan hirisan cili padi atau sedikit perahan lemon.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement