Creamy Shrimp Penne Pasta
sumber resepi- rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
150gram Penne Pasta ( rebus ikut arahan pada paket)
6 ekor udang harimau- dicincang halus
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar)
2 sudu besar olive oil
sedikit hirisan daun pasley+2 sudu kecil dry oregano
1/2 cawan susu segar
( kalau nak lagi creamy boleh tukarkan susu segar pada nama cream ( whipping cream) dan gantikan serbuk parmesan cheese pada cream cheese)
Caranya
1. Rebus Penne pasta dan ketepikan, dalam fry pan panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan udang yang dicincang, kacau sebati.
2. Selepas itu, masukkan susu, serbuk parmesan cheese dan hirisan daun pasli serta oregano, biarkan mendidih baru masukkan pasta penne, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit lada sulah dan garam, sedia untuk dihidangkan, makan panas-panas dan taburkan sedikt dry pasley. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau shrimp tu nak tukar dengan tuna flakes, isi salmon atau crabstick pun boleh, dan jika mahu berkuah, tambah kuantiti susu segar.