OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
1 ekor ayam kampung ( ros guna ayam dara yang dipotong beberapa bahagian)
2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe)
2 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk bersama ayam kampung dan masukkan serai yang telah dititik tadi, masukkan juga sedikit air, untuk proses pengecutan ayam,  kacau sebati dan biarkan sebentar.

2. Masak sehingga ayam betul-betul empuk, kemudian masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk masukkan pula asam gelugor sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. kacau selalu.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: kalau nak guna ayam daging tu pun boleh, tapi tak perlu proses kecutkan ayam, boleh terus masukkan dalam santan je, sebab ayam daging senang empuk.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA