OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menu gandingan dengan strawberry cheese cake sabtu lepas, ros buat ayam bakar mayonis ni, resepi dah pernah letak sebelum ni, ros buat setengah ekor ayam je (500gram) , bila dah siap makan tu rasa tak cukup pulak, sedap sangat, sebab lama tak makan kot, menu sampingan bagi ayam bakar ni, ros buat kentang putar dan salad sayuran je. hari ni dengan rajin nya ros copy balik dan paste kan resepi ayam bakar blackpaper mayonis semula, tu ade kat bawah tu, kalau dah takde idea nak masak ape hari ni  boleh try resepi ringkas ni ya…: )

Bahan-bahannye ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

Nota: Kalau nak perah sedikit lemon atas ayam panggang ni pun boleh, ros suke resepi ayam bakar ni sebabnya senang nak buat, rasa pun sedap, lainkali kalau nak puas makan kena buat satu ekor lah, lagipun  satu ekor ayam tu pun 1kg je : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA