OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menu hari sabtu lepas ni, ros buat daging masak kunyit dengan cili hijau jepun@piman, sedap juga makan dengan nasi panas, cuma lauk ni tak berkuah lah, bertambah lagi satu koleksi resepi daging, resepi ade kat bawah tu ye, nak adjust atau tambah ape yang patut pun boleh, bergantung lah pada bahan yang sedia ade dalam peti ais masing-masing. : )

Bahan-bahanya

350 gram daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar  ( bahagi dua bahagian) satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar.
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1 biji piman@cili hijau jepun ( boleh diganti dengan lada benggala hijau)

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.

3. Kemudian cincang halus bawang besar, bawang putih dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan daging yang siap direbus tadi. kacau sebati, jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.

4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan lada hijau, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam,  kacau sebentar dan apabila bawang dan cili hijau agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba.

Nota: Daging yang siap direbus tadi tu, kalau nak goreng sebentar pun boleh, ikutlah kerajinanan dan selera masing-masing ya, dan kalau guna daging batang pinang yang fresh, daging tak perlu direbus, ros rebus daging boneless ni sebab daging yang ros gunakan daging import dan frozen, tu yang kena lembutkan dan rebus dulu tu,kalau tidak liat bila dimasak terus.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA