Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhh lama tak mengemaskini blog kesayangan ros ni, kalau tak silap sejak jumaat lepas, puan rumah ni ade hal sikit, sori ya, ni baru lah ade kelapangan sikit, Ikan Pisang???? tulah jawapan yang diberikan oleh tauke ikan masa kat pasar hari tu, rupa sebijik macam ikan hamachi, dan bila ros belek memang betul lah ikan hamachi, ikan yang selalu ros bakar masa ros duduk jepun dulu, seronok tak terkata rupanya di Malaysia tanahair tercintaku ini pun boleh dapat ikan hamachi ni, cuma nama je berlainan, ape lagi dalam fikiran nak bakar ikan ni dan cicah dengan air asam, balik tu terus siang dan perap dengan bahan-bahan perapan, buat bara dekat luar rumah dan mulakan proses pembakaran. Sebut pasal air asam , ros suke sangat air asam yang mak ros buat, rasanye sedap, resepi dan cara nak buat pun punyelah senang, di bawah ni ade resepi nye, rugi tak cuba, bila rasa sekali pasti nak lagi. : )
Air Asam Memikat
Sumber resepi: ( Puan Hamidah Binti Abdullah) jintanmanis.com
Bahan-bahanya
6-8 biji cili padi ( kalau suke pedas boleh tambahkan kuantitinya)
1/2 inci belacan ( pastikan belacan itu dibakar dahulu)
1/4 biji bawang besar
sedikit garam
1/3 ( suku cawan) air asam jawa
Caranya
1. Hiris nipis bawang besar dan cili padi, ketepikan, di dalam bekas, masukkan air asam jawa bersama belacan yang siap dibakar tadi, dan hancurkan belacan menggunakan garpu atau sudu, akhir sekali masukkan cili padi, bawang besar, secubit garam, kacau sebati, sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selamat mencuba.
-cara membakar belacan, ambil 1/2 inci belacan dan cucukkan pada garpu, buka api dapur gas, dan bakar belacan hingga semua permukaanye agak hitam atau perang, kemudian barulah boleh digunakan untuk membuat air asam.
Di bawah ni pula resepi ikan bakar berlada tu, sebenarnya ros dah pernah letak dah resepi ni dulu, tapi kali ni ros tambahkan satu lagi bahan iaitu sedikit belacan bakar, gaul sebati dalam bahan perapan tu.
Ikan Pisang@Hamachi Bakar Berlada
Sumber resepi: rosmarlina @ jintamanis.com
Bahan-bahanya
1 ekor ikan Pisang@Hamachi ( kepala dibuang, belah belakang dan kelar sedikit)
1/4 biji bawang besar ( boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada kering (boleh ganti dengan 1 sudu besar cili kisar)
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
Daun Pisang secukupnya untuk dijadikan alas semasa membakar ikan.
-Nak guna cili kisar tumis segera pun boleh, terus boleh lumur je pada ikan ni-
Cara-caranya
1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, belacan, kunyit hidup dan lada kering, kalau nak blender pun boleh. ( kalau guna blender masukkan sedikit air supaya bahan senang dikisar).
2. Ikan di gaul dengan sedikit garam, kemudian lumur ikan pisang@hamachi tadi dengan bahan yang telah ditumbuk halus, perap selama 1/2 jam atau 1jam.
3.Alaskan tempat membakar ikan dengan daun pisang, sapukan sedikit minyak di atas pemukaan daun pisang tadi dan susun ikan di atasnya, tutup sekali lagi tempat membakar ikan dengan daun pisang,bakar sehingga permukaan ikan agak perang atau sehingga ikan masak, sedap dimakan dengan sambal belacan atau air asam , selamat mencuba.
Nota: Pastikan alaskan tempat pembakar ikan tu dengan daun pisang, supaya asap tidak terkena terus pada ikan, dan buatkan bara dahulu sebelum membakar ikan, supaya ikan elok dibakar dan tidak terlalu hangus.
Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
I nak share Resepi Air Asam Ikan Bakar Paling Sedap.
Boleh try ni…. Yummy yummy sampai jilat tangan.
Source and citation: http://resepiairasamikanbakar.blogspot.com/
LikeLike
Assalamualaikum, terima kasih untuk resepi yang enak. Memang sedap.
Saya teringin nak share Resepi Nasi Ayam Madu Sedap dan Mudah.
Boleh try ni…..taste enak!
Source and citation :
http://resepinasiayammadusedap.blogspot.com/
LikeLike
Looks delicious, Tq for the recipe. I want to share my personal recipe,
can try this too. Really yummy yummy
http://resepiudangbutterprawnbasah.blogspot.com/
LikeLike
Looks delicious, Tq for the recipe. I want to share my personal recipe,
can try this too. Really yummy yummy
http://resepiudangbutterprawnbasah.blogspot.com/
LikeLike