muffin1

Asalammualaikum WBT dan Selamat Sejahtera Semua rakan FB

Seperti yang telah dijanjikan hari ni ros share resepi muffin yang simple dan senang nak buat tu…: )

x perlu guna hand mixer, guna whisker tu je, : )

Muffin Coklat Chip Ringkas dan Sedap
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis. com

Bahan2nya

95gram mentega ( cairkan)
190gram tepung gandum
25gram serbuk koko
60ml susu segar
110gram gula
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

hiasan
coklat cip secukupnya

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam, ketepikan.

2. Kemudian di dalam bekas adunan masukkan susu, gula dan telur, kacau sebati dan kacau sehingga gula larut. Kacau hanya dgn whisker atau senduk kayu.

3. Selepas itu masukan mentega yang telah dicairkan dan kacau sebati.

4. Masukan pula tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit, kacau sehingga semuanya sebati.

5. Sudukan adunan ke dalam papercup dan tabur atasnya dengan coklat chiip.

6. Bakar pada suhu 170c selama 35 minit hingga 40 minit, sedia untuk dimakan dan dihidangkan pada anak-anak anda. Selamat Mencuba.

tips membaking muffin
dari rosmarlina @ jintanmanis .com

1. Pastikan tepung di ayak bersama bahan kering yang lain.
2. Jangan overbeat bila buat muffin ni, kalau tidak adunan nnt cair dan bila siap dibakar muffin takkan naik cantik,
3. Muffin akan lebih moist jika dibiarkan semalaman.
4. Untuk adunan yang wangi dan super gebu pastikan bahan mentega tidak ditukar dgn marjerin.
5. Suhu untuk membakar muffin adalah 170c jgn bakar pada suhu rendah ataupun terlampau tinggi.
6. Untuk mendapat kan muffin yang menggunung dan naik cantik, pastikan isi adunan 3/4 dalam papercup.

Salam dari Jauh
Ros Osaka Jepun.cara-1

cara-2

muffin2

muffin3