br1
Brownies Chewy Fudgy Choki Choki
resepi dari: rosmarlina @ jintanmanis.com
 
Bahan-bahannya
 
210gram coklat masakan
100gram mentega
90gram tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
90gram gula
secubit garam
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
 
utk topping
3 batang choki
 
cara-caranya
 
1. Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan.
 
2. Dengan menggunakan kaedah double boiler, satukan mentega, coklat masakan dan serbuk koko, kacau semua hingga larut dan sebati.
 
3. Kemudian putar telur higga berbuih baru masukkan gula, putar lagi hingga kembang, kemudian masukkan esen vanila putar lagi.
 
4. selepas itu masukkan sebatian coklat masakan tadi, putar sebati, akhir sekali masukkan tepung gandum yang di ayak serta secubit garam.
 
5. Curahkan adunan di dalam acuan 10 x 10 inci, hentakkan loyang sebanyak 3 kali supaya adunan sekata di dalam loyang, bakar bwonies pada suhu 170c selama 30 hingga ke 35 minit, atau sehingga permukaan brownies perang.
 
6. Setelah brownies masak, tekap brownies dgn brownies cutter dan bolehlah di pipingkan atasnya dgn jaluran choki-choki. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
 
Nota: Jikan ingin masukkan kekacang seperti walnut dalam adunan ini boleh juga, dan untuk menaikan lagi seri brownies ini, sebelum di bakar boleh lah di taburkan coklat chip atau hirsan badam cincang.
 
salam dari jauh
Ros Osaka Jepun
br5
br4
br3
br2
Advertisement