OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, lebih kurang setengah bulan ros tak bersiaran kan, rindu rasanya pada semua kawan-kawan blogger, pada yang setia menanti di BSM, ros ucapkan ribuan terima kasih, semalam ros sengaja je buat puding pelangi aidilfitri ni, selain sedap dimakan, puding ni juga cantik dipandang, nak buat nye tu kena ade kesabaran yang tinggi untuk melapisnya, tak boleh buat kerja lain lah, kena bagi perhatian, nak melapis nye satu-satu, walaupun leceh, tapi berbaloi bila tengok hasilnya yang berseri-seri, ros gabungkan santan dan susu pekat manis dalam puding pelangi ni, menjadikan nye lebih lemak manis dan sedap dimakan, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, sesuai dijadikan menu open house ataupun buah tangan, Selamat Mencuba.
Puding Pelangi Aidilfitri
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan Lapisan Plain
10 gm serbuk agar-agar
220 gm gula pasir
1000 ml air
2 helai daun pandan

Bahan Lapisan Santan
2 helai daun pandan
10 gm serbuk agar-agar
220 gm gula pasir
700ml santan ( buleh ganti dengan susu soya, susu sejat ataupun susu segar)
1/2 sudu kecil garam
300ml air
3 sudu besar susu pekat manis

Bahan Pewarna
Pewarna Biru, Ungu, Hijau dan Merah Jambu

Cara Membuatnya

1. Masukkan ke semua bahan lapisan plain di dalam periuk dan masak hingga mendidih, pada masa yang same juga, di dalam periuk yang berasingan, masukkan bahan bahagian santan. Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa di kacau. ( kedua-dua adunan ni mesti sentiasa di atas api yang perlahan dan sentiasa panas sebelum proses melapis).

2. Sediakan acuan bulat atau petak, ros gunakan acuan silicon bentuk bunga, pastikan acuan di bilas dengan air terlebih dahulu, ambil 3/4 cawan agar-agar santan, dan warnakan dengan warna biru, kacau sehigga warna sekata, curah di dasar acuan dan biarkan agak keras.

3. Setelah keras, ambil hujung garpu dan lorekkan sedikit di permukaanye, ambil pula 3/4 cawan bahagian agar-agar plain, dan warnakan juga dengan warna biru, curahkan di atas bahagian agar-agar santan tadi, biarkan keras,  ulang langkah melapis tadi dengan menggunakan warna yang berlainan, sehingga kedua-dua bahagian adunan agar-agar habis.

4. Sejukkan dahulu agar-agar di dalam peti ais sebelum dihidangkan, selamat Mencuba.

contoh melapis

Lapisan pertama dan kedua

adunan agar-agar santan warna biru, atasnya adunan agar-agar plain warna biru juga

Lapisa ketiga dan ke-empat

adunan agar-agar santan warna ungu atasnya adunan agar-agar plain warna ungu juga.

Lapisan ke-empat dan kelima

adunan agar-agar santan warna merah jambu atasnya adunan agar-agar warna merah jambu juga

Lapisan kelima dan ke-enam

adunan agar-agar santan warna hijau atasnya agar-agar plain warna hijau juga.

Nota: Pastikan lorekkan menggunakan hujung garpu tidak terlalu dalam supaya lapisanya cantik, langkah lorekkan ini bagi memastikan setiap lapisan melekat dan tidak lerai apabila di potong nanti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements