Bahan-bahanya

2 keping Isi Ayam (bahagian dada)
1/2 cwn breadcrumbs (serbuk roti)
1/2 sudu kecil baking powder
lada sulah
1 biji telur (pukul sedikit)
garam secukup rasa

caranya

1. mula-mula potong nipis dada ayam tu dan blender hingga hancur, jangan dicampur dgn air ye.

2.Kemudian, masukkan isi ayam tadi dlm bekas adunan dan letak breadcrumbs, lada sulah, baking powder, garam dan telur, telur ayam ni tidak perlu lah letak sebiji, agak-agak je, sbb nanti nak guna utk buat coating (saduran) kt atas nugget ni. ramas adunan sehingga sebati.

3.Bulatkan kecil-kecil dan tekan sedikit, kemudian celup nugget tadi dgn lebihan telur  dan salut dengan serbuk roti, klu nak tebal coatingnya ulang cara tadi, simpan dlm frezer dalam satu baru lah boleh digoreng, selamat mencuba.

Nota: Fungsi baking powder tadi adalah untuk nugget cantik apabila digoreng nanti, kiranya nugget tu akan kembung sikitlah, baru cantik di pandang, kalau tak mahu letak pun takpe, Nugget ayam ni memang sesuai untuk menu anak-anak, antara menu feveret kakak damia dan adik anas. : )

nuggetayam1a

 

damiannugget

Advertisements