OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Tai Masam Manis

Salam buat semua, ohayou gazaimasu, semalam tengahari ros sempat masak 3 jenis lauk, masak sekali je, sebabnya memang agak banyak kuantiti lauk-lauk tu semua, ros masak ikan tai sweet sour, kangkung goreng belacan dan tomyam udang bersantan, ikan tai ni rupanya macam ikan merah sikit, adik beradik kot, isinya manis dan bau pun tak hanyir, senang nak siang dan basuh. Resepi ikan tai sweet sour ade kat bawah ni ye. : )

Bahan-bahanya

1 ekor ikan tai ( boleh juga ganti dgn ikan kerapu )
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( ros ganti dgn 1\4 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili manis thai ( kalau takde boleh ganti dengan sos cili maggi je)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
1/4 batang timun
1/4 batang carrot
1/2 biji tomato
2  sudu kecil jus lemon
sedikit hirisan bawang besar

Cara-caranya

1. Tumbuk halus atau blender bawang merah dan bawang putih, kemudian potong dadu kecil timun, carrot, tomato dan bawang besar.

2. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit, dan salut kan ikan dengan tepung jagung atau tepung katakuriko ( tepung kentang), goreng hingga masak dan permukaan ikan agak garing, ketepikan.

3. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah ditumbuk tadi, biarkan naik bau dan agak garing baru masukkan jus lemon,  sos cili manis thai dan sos tomato.

4.Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali masukkan sayuran, timun, carrot, tomato dan bawang besar, masak sehingga sayuran tadi  agak layu, angkat dan curahkan di atas ikan yang siap digoreng tadi, sedia dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak lagi sedap boleh tambahkan hirisan nenas dalam masakkan ni, ros tak letak semalam sebab takde stok nenas, nak taburkan daun ketumbar pun boleh, biar lagi berseri ikan sweet sour ni .

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
kangkung

OLYMPUS DIGITAL CAMERA