OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, kalau kat negeri sembilan masak lemak cilipadi kami panggil gulai, menu ni memang selalu lah ade kat rumah ni, seminggu tu kadang kala 2 kali, tapi tak leh makan selalu sbb bersantan kan, Gulai udang memang sesuai sangatlah bila di pandankan dengan petai, sedap, ros kalau petai di masak baru makan, nak makan petai sebagai ulam, memang tak leh masuklah…resepi biasa je, dan boleh rujuk di bawah ni ye.

Gulai Udang Bersama Petai
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
2 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.

Nota: Kalau nak tau udang tu overcooked, isinya akan kecut sedikit dari kulit, dan pastikan kita masak udang tidak terlalu lama, dalam 8 minit lebih kurang, untuk mengekalkan kemanisannye.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement