OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menu sarapan merangkap menu minum petang kami hari tu, takde udang geragau mesia, ros  guna sakura ebi je, sbb udang geragau tu kalau kt jepun lebih kurang mcm sakura ebi yang warna pink tu, memang sedaplah resepi ni, sentiasa je lembut dari pagi sampai ke petang, terima kasih ya cik mat berkongsi resepi yang mudah dan sedap ni, izinkan ros copy kan di Jintanmanis ya. : )

BAHAN-BAHANNYA 🙂 – sumber resepi dari blog Tiffinbiru CMG
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus ( x letak)
1 biji cili merah, hiris halus ( x letak)
3 tangkai daun sup, hiris ( ros ganti dengan hirisan daun negi@daun bawang jepun)
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 – 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA 🙂

1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.

2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.

3. Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di”jemput” dengan tangan untuk dibuat cekodok.

4. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men”jemput” dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men”jemput” adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili….

( ros tambah 1/2 biji telur dalam bancuhan cucur ni, kasi up sikit kelembutan nya.)

Nota: Sakuraebi tu tak nampak sangat pulak dalam gambar ni, mane ntah dia nyorok, cucur udang geragagu ni boleh dijadikan menu sarapan atau minum petang, nak buat pun senang, sebelum goreng tu, ros perap dulu adunan ni dalam setengah jam baru goreng, bagi mesra semua bahan dalam bancuahan cucur ni dulu.

udanggeragau

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements