Sumber resepi dari Kak Noorsha Port Dickson, ros copy dari Myresipi, terima kasih kak Noorsha atas resepi yang ringkas ni, dah berapa kali ulangtayang kt rumah ni pun tak terkira dah, anak-anak suke sangat. : )
Bahan-bahanya
2 biji kentang saiz XL – potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( ros tak letak)
1 sudu teh serbuk cili ( tak letak sbb anak-anak tak mau pedas)
1 biji putih telur – dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut ( ros guna tepung goreng ayam)
Garam
Cara-cara
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
untuk anak-anak,ros hanya salut dengan tepung goreng ayam je, untuk ros pulak ros campur serbuk kari dalam tepung goreng ayam tu, baru rasa pedas-pedas sikit.
Nota: Ros buat potato ni, kentang tu ros tak rebus dulu, terus je salut dengan telur dan tepung, nak cepat kejelah ni, tapi mengikut tuan punye resepi ni kalau rebus dulu kentang tu, lagi sedap, takpe lain kali buleh try rebus dulu, sure lagi lembut kentang tu nanti. : )