macadamiacoklatcookies

Bahan-bahanya

90 gram butter/ marjerin
80 gram gula
180 gram tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar kacang macadamia yang telah dicincang kasar
1 paket coklat cip (25gram)
1 biji telur

( gambar di atas ialah kacang macadamia seakan-akan hazelnut)

Cara-caranya

1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat,  next pukul butter dan gula hingga betul-betul kembang (putih), kemudian masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung yang diayak tadi, kacang macadamia dan coklat cip. kacau rata.

2. Akhir sekali, bulat-bulatkan atas dulang pembakar, dan bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk si manja anda. Selamat mencuba.

Nota: jika tiada macadamia, boleh juga diganti dengan chesnut, kacang tanah ataupun badam. : )

macadamia

biskutmacadamia2

Advertisement