OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ni menu kami malam tadi, ros buat Bakso, tapi ros guna mee phad thai, sedap jugak, mee phad thai ni lebar-lebar, nipis, mcm kue tiaw sikit, lepas tu kuah sup bakso ni, ros campur je dengan ayam hihi…kiranya bukan bakso kuah sapi lah, tapi kuah sapi + ayam, suke-suke je meng adjust resepi bakso ni, resepi ni ros copy dekat rumah Kak Hana Kanazawa, kak Hana pulak amik dekat rumah Kak Ika Bangkok, dan Kak Ika pulak amik dekat rumah Deetha, mengikut Deetha, resepi asal ni dari Chef Budi Boga/Sutomo, ape pun terima kasih kepada ke empat-empat individu ni yang yang menyumbangkan resepi dan memfemeskan resepi Bakso Kuah Sapi ini, First time buat, rasa pun boleh tahan. : )

Resepi ni telah dialih bahasa sepenuhnye ke bahasa Malaysia oleh  Kak Hana Kanazawa, untuk lebih senang difahami, terima kasih kak.

Bahan-bahan  ( resepi asal Chef Budi Boga/Sutomo)
60g sawi – celur dan dipotong – ( semalam ros tak letak sbb takde stok)
60g bihun – celur dan toskan      ( ros guna mee phad thai)
60g mee kuning – celur dan toskan ( semalam tak guna)
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup – cincang ( ros guna negi)

Uk Kuah@Sup

1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan btg saderi – cincang
1 sudu makan minyak – utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia – ketuk (nih hana tambah)

Utk Bebola Sapi@Bakso

400g daging lembu hancur ( ros guna dlm 200gram je)
1 sudu makan tepung gandum ( tak letak)
2 sudu makan tepung ubi         ( ros guna tepung katakuriko@tepung kentang)
1 biji putih telur                        ( ros letak 1/2 biji putih telur)
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan

Cili padi – tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato – ( tak letak)
kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)

– bahan sampingan yang ros tambah semalam, tauge, hirisan lemon, hirisan ayam dan bawang goreng serta sambal kicap.

Cara-cara

Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)

Utk membuat kuah – Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Utk hidangan – Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Nota: Tengoklah Bakso ros tu, takde seri lansung, sbb takde sawi, hihi, pudar je warna dia kan, sebab guna baha yang sedia ade je dalam peti ais semalam, daun seleri pun takde, guna negi je, lain kali nak buat lagi lah, sebab sedap Bakso ni : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements