OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sekarang ni musim tembikai di jepun, dah nak masuk summer dah kami kat sini, jadinya kalau gi supermarket tu memang ade jelah suika ( tembikai) harga pun dah tak mahal sangat dah kalau nak dibandingkan bulan-bulan yang lepas. Kebetulan ade suika dalam peti ais tu, hari ni ros projek buat smoothie, main agak-agak n tambah mane yang patut je dah hasilnya tak mengecewakan lah, watermelon smoothie ni memang sedap dan sejuk je bila minum, di bawah ni ros sertaka resepi ringkas watermelon smoothie yang ros buat tadi. : )

Watermelon Smoothie
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1 cawan tembikai yang dibuang biji
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula
1 sudu kecil air perahan lemon
1/2 cawan kiub air batu.

cara-caranya

1. Tembikai dipotong kecil dan dibuang biji, masukkan tembikai, gula, plain yogurt, air perahan lemon dan kiub air batu di dalam blender.

2. Blender bahan tadi hingga semuanya hancur dan creamy, tuang didalam gelas dan hias dengan beberapa helai daun pudina. Sedia untuk dinikmati. Selama Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

sedap dihidangkan sejuk, selamat mencuba.

Advertisements