Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, minta maaf ya, lambat pula ros kongsikan resepi daging singgang ni, ros belajar masak daging singgang ni dari Mak Mertua ros yang berada di Kuala Terengganu tu, nak masak pun tak leceh, semua main rebus-rebus je, tak gunakan minyak pun, tapi ade juga orang kalau buat daging singgang letak serai, tak kisahlah kan, ikutje selera masing-masing, cik abang ros kata rupa dah ade, cuma rasanya tak same macam mak dia buat, yelah kan air tangan mak kan lain dari air tangan isteri, ape pun nanti ros kena improve lagi skill masak daging singgang ni supaya husband ros berpuas hati, pada yang nak cuba resepi daging singgang sila rujuk resepi di bawah ya.
Singgang Daging Ibu Mertuaku
Sumber resepi: Ibu Mertuaku (Mariam Binti Abd Rahman) dan rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300 gram daging boneless@daging batang pinang
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah@ 1/4biji bawang besar
2 sudu besar ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup atau kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam
1 keping asam gelugor
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 tangkai lada kering ( kalau nak ganti dengan beberapa biji cilipadi pun boleh)
secubit garam
2 sudu kecil jintanmanis
Cara-caranya
1. Hiris nipis daging, basuh dan toskan, kemudian tumbuk lumat, ketumbar, lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang merah,lada hitam, lada kering dan jintanmanis.
2. Di dalam periuk masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama daging, kulit kayu manis, buah pelaga curahkan air sehingga paras daging tenggelam, rebus daging hingga empuk. Kemudian masukkan asam gelugor dan sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Renehkan daging singgang selama 20 minit dan sehingga terbit minyak, sedap dimakan bersama nasi putih panas dan sedikit budu yang dicampur dengan cili padi dan sedikit jus limau kasturi. Selamat Mencuba.
-Nota: Tahap kepedasan boleh adjust ya,nak letak cili padi yang dihiris halus pun boleh dan kalau nak letak sedikit nisang pun boleh, Selamat Menyingang ya : )