madelines

resepi kuih bahulu omputih… bahulu moden…. Selamat Mencuba.

sumber resepi dari Buku Kek dan Pastri
telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
125 gram gula ( ros kurangkan, pakai 90gram)
125 gram tepung gandum
125 gram butter ( cairkan)
4 gram baking powder (1 sudu kecil baking powder)
25 gram madu (1 sudu besar)
sedikit parutan kulit lemon ( ros guna kulit oren)

caranya

1.Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter dan parut sedikit kulit lemon. Kemudian glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madelines tadi.

2. Pukul telur dan gula hingga kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit Oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.

3. Kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit bagi tujuan menaikkan aroma. Kemudian panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit, keluarkan dari acuan dan sejukkan, sesuai untuk minum petang atau sebagai buah tangan. Selamat Mencuba.

madelines4

madelines2

Nota: Madeleines ini juga lebih dikenali dengan nama bahulu orang putih, jika tiada acuan madeleines boleh juga letakkan dalam mini papercup. Rasa bahulu yang lain dari yang lain dan diperkayakan lagi dengan aroma lemon. Tak rugi mencubanya.Laughing